Kertas kerja
ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan untuk mengadakan kelas
Pendidikan Inklusif bagi murid autistic daripada pihak pentadbiran SK. Tapang dengan
tujuan berikut:
1.1. Untuk
mendapatkan kelulusan untuk bagi mengadakan kelas Pendidikan Inklusif dan
seterusnya mendapatkan bantuan kewangan dari Guru Besar selaku pentadbir di SK.
Tapang.
1.2. Untuk
memberi pendedahan kepada murid-murid autistik yang selama ini mengikuti
pembelajaran di kelas berkeperluan khas untuk
mengikuti pembelajaran di kelas arus perdana., seterusnya ;
1.3. Memohon
keperluan logistic yang sedia ada di sekolah dan juga mengadakan keperluan
sekiranya perlu.
2.0 PENGENALAN
Definisi
pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan
belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana.
Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah
mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah
mudah.
Menurut John
Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai,
perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah.
Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua
orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan
terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah
kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan
programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini
boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas
apabila mereka mula diinklusifkan.
Menurut Jennifer
Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa
faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun
turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik
dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh
komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup.
Oleh itu
adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar
memainkan perananmereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin
keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang
bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan
memahami peranan mereka masing-masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif
ini ke arah kebaikan semua pihak.
3.0 OBJEKTIF
I.
Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat
tempat yg sama dalam pendidikan.
II.
Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm
persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.
III.
Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut
menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak dari
awal.
IV.
Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai
kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.
V.
Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut
kelaziman orang normal.
VI.
Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa
dan masyarakat.
4.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
- Fleksibel
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum
mengikut aras dan keupayaan pelajar.
- Berasaskan
kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke
kompleks.
- Galakan
kemahiran komunikasi dan interaksi.
- Melibatkan
pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya
tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik.
- Berikan
penekanan kepada kurikulum bersepadu.
- Waktu
bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph
adalah sama.
- Murid berkeperluan
khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .
- Guru
pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran.
- Pelajar
berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian
di program pendidikan inklusif.
- Penilaian:
·
Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat
dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:
ü Tingkah
laku
ü Sosial
ü Akademik
·
Pelajar berkeperluan khas yang
berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif.
·
Pelajar berkeperluan khas yang
gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program
pendidikan pra inklusif.
5.0 JAWATANKUASA INKLUSIF
Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:
Pengerusi : Pengetua/Guru
Besar
Naib pengerusi : Guru Penolong Kanan
Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Setiausaha : guru
pendidikan khas
Ahli
jawatankuasa:
i.
Guru kelas
ii.
Guru mata pelajaran
iii.
Guru pembimbing (guru pendidikan khas)
iv.
Guru bimbingan dan kaunseling
v.
Ibu bapa / penjaga
Dalam pada itu
juga, jawatankuasa ini perlulah :-
A.
Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan
pencapaian pelajar berkeperluan khas.
B.
Merancang dan menyediakan rancangan
pengajaran semasa
C.
Merancang dan membina instrumen penilaian.
D.
Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian
bagi pelajar
berkeperluan khas dalam
program pendidikan separa inklusif.
6.0 STRATEGI
PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF
6.1 Sebelum Program
1) Penubuhan
Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif
2) Jawatankuasa
Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar
berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang
dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3) Mengumpul
,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program
Inklusif.
4) Jawatankuasa
Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan
PPM .
5) Penolong
Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru
aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan
telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas
tersebut.
6) Mengadakan
perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan
tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang
bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7) Membuat
perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.
8) Menyediakan
sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama
dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas.
9) Menyediakan
jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10) Penolong
kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada
perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal
dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG
mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11) Pelajar berkeperluan
khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian
fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun
demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12) Kedudukan
pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu
kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam
dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
13) Semua
mata pelajaran wajib diinklusifkan.
14) Meninjau
sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15) Guru
Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas
pendidikan khas.
6.1 Semasa Program
1) Membuat
pemerhatian dari semasa ke semasa.
2) Guru
pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang
terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3) Pelajar
pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat
secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
4) Guru mata
pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan
pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama .
5) Pelajar pemdidikan
khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa
merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak
bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan
hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6) Dari
segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh
berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh
bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah
malah di luar sekolah.
7) Sikap
tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak
positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.
6.3 Selepas Program
1) Guru
pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan
mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod
Prestasi.
2) Penilaian
keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara
berperingkat-peringkat.
3) Guru
Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
4) Guru
Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.
5) Keputusan
peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan
Khas PPD dan JPN.
7.0 PENUTUP
Cadangan ini
adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistic
agar dapat dijalankan di sekolah ini. Oleh
itu, kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri
yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan adalah perlu bagi memastikan
program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya, sekiranya ia
diluluskan. Kita juga dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu
liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka
boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.