25 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
Berikut disenaraikan 17 inisiatif utama beserta 8 inisiatif tambahan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 untuk perkongsian kita bersama.
17 inisiatif utama
- Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
- Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
- Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS dan PISA
- Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
- Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
- Piagam Guru (Teacher Charter) termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
- Pelaksanaan pelan induk CPD baharu
- Piagam Pemimpin Sekolah (Principal Charter) termasuk NPQEL, laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
- Program Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP+ dan SISC+) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
- Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
- Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas
- Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
- Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
- Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
- Penstrukturan semula organisasi (KPM)
- Pengukuhan kurikulum Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
- Perombakan dan penjenamaan semula Program RIMUP
8 inisiatif tambahan
- Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
- Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
- Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
- Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
- Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
- Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
- Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
- Naik taraf infrastruktur asas bagi memenuhi standard (cth : elektrik, air, bilik darjah, tandas)
No comments:
Post a Comment