Wednesday 29 May 2013

Kertas Kerja Cadangan Supaya Kelas Pendidikan Inklusif Dilaksanakan di SK.Tapang


1.0       TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan untuk mengadakan kelas Pendidikan Inklusif bagi murid autistic daripada pihak pentadbiran SK. Tapang dengan tujuan berikut:

1.1.   Untuk mendapatkan kelulusan untuk bagi mengadakan kelas Pendidikan Inklusif dan seterusnya mendapatkan bantuan kewangan dari Guru Besar selaku pentadbir di SK. Tapang.

1.2.   Untuk memberi pendedahan kepada murid-murid autistik yang selama ini mengikuti pembelajaran di kelas berkeperluan khas  untuk mengikuti pembelajaran di kelas arus perdana., seterusnya ;

1.3.   Memohon keperluan logistic yang sedia ada di sekolah dan juga mengadakan keperluan sekiranya perlu.


2.0       PENGENALAN
Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan dimana murid berkeperluan khas duduk dan belajar  bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikankhas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalanmenuju ke arah inklusif bukanlah mudah.
Menurut John Charema (2010) ianya melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubaha ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orangsanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat (John C, 2010). Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan programinklusif bagi murid berkeperluan khas. Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan.
Menurut Jennifer Katz & Pat Mirenda (2002) menyatakan dalam kajian mereka bahawa faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut jugamempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukanakademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dankemahiran kefungsian hidup.
Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan  pihak luar memainkan perananmereka masing- masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing-masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak.

3.0       OBJEKTIF
                    I.            Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan.
                  II.            Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan  untuknya.
                III.            Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek kurikulum dan kokurikulum sejak  dari awal.
                IV.            Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal.
                  V.            Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.
                VI.            Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

4.0       PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF

  1. Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum mengikut aras dan keupayaan pelajar.
  2. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke kompleks.
  3. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi.
  4. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Sediakan aktiviti P&P yg menarik.
  5. Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu.
  6. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah sama.
  7. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat .
  8. Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
  9. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di program pendidikan inklusif.
  10. Penilaian:
·         Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif dan sumatif dari aspek:
ü  Tingkah laku
ü  Sosial
ü  Akademik
·         Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program pendidikan inklusif.
·         Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.



5.0       JAWATANKUASA INKLUSIF

Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada:

Pengerusi                    :  Pengetua/Guru Besar
Naib pengerusi            :  Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong  Kanan Pendidikan Khas
Setiausaha                   :  guru pendidikan khas
Ahli jawatankuasa:
                                                                                                          i.            Guru kelas
                                                                                                        ii.            Guru mata pelajaran
                                                                                                      iii.            Guru pembimbing (guru pendidikan khas)
                                                                                                       iv.            Guru bimbingan dan kaunseling
                                                                                                         v.            Ibu bapa / penjaga



Dalam pada itu juga, jawatankuasa ini perlulah :-

A.      Menetapkan kelas yang sesuai  berdasarkan pencapaian  pelajar berkeperluan khas.
B.      Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa
C.      Merancang dan membina instrumen penilaian.
D.     Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar
berkeperluan  khas dalam program pendidikan separa inklusif.


6.0       STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF

6.1       Sebelum Program

1)      Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif
2)      Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3)      Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif.
4)      Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM .
5)      Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut.
6)      Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7)      Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan.
8)      Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas.
9)      Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10)  Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan.
11)  Pelajar  berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12)  Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 
13)  Semua mata pelajaran wajib  diinklusifkan.
14)  Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15)  Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

6.1       Semasa Program

1)   Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2)   Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3)   Pelajar pendidikan  khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua  pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah.
4)   Guru  mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama .
5)   Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6)   Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain  dan  boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7)   Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

6.3       Selepas Program

1)      Guru pendamping  dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.
2)      Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.
3)      Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
4)      Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.
5)      Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas  PPD dan JPN.

7.0       PENUTUP


Cadangan ini adalah satu usaha untuk melihat pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif murid autistic agar dapat dijalankan di sekolah ini.  Oleh itu, kejayaan sekolah ini dalam pelaksanaannya adalah berdasarkan ciri-ciri yang telah disenaraikan. Usaha yang berterusan adalah perlu bagi memastikan program ini terus dijalankan dengan teratur dan berjaya, sekiranya ia diluluskan. Kita juga dapat meningkatkan murid-murid autistik ini dari satu liabiliti menjadi satu asset yang penting dan berguna kepada negara. Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. 

Friday 24 May 2013

25 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

25 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Berikut disenaraikan 17 inisiatif utama beserta 8 inisiatif tambahan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 untuk perkongsian kita bersama.

17 inisiatif utama

  1. Transformasi pendidikan vokasional, termasuk kolaborasi sekolah vokasional dengan industri
  2. Penjajaran kurikulum dengan standard antarabangsa
  3. Peningkatan kemahiran guru dalam TIMSS dan PISA
  4. Peluasan LINUS 2.0 merangkumi literasi Bahasa Inggeris
  5. Peningkatan penguasaan kemahiran berbahasa guru Bahasa Inggeris
  6. Piagam Guru (Teacher Charter) termasuk pakej kerjaya dan instrumen penilaian kompetensi
  7. Pelaksanaan pelan induk CPD baharu
  8. Piagam Pemimpin Sekolah (Principal Charter) termasuk NPQEL, laluan kerjaya dan menambahbaik Tawaran Baru
  9. Program Transformasi Daerah, termasuk School Improvement Programme (SIP+ dan SISC+) dan Sekolah Berprestasi Tinggi
  10. Penjenamaan semula Matrikulasi dan Tingkatan 6
  11. Peningkatan enrolmen dalam program pendidikan inklusif, termasuk infrastruktur supaya lebih mesra untuk murid berkeperluan khas
  12. Penyediaan 1BestariNet dan perisian ke sekolah
  13. Pengintegrasian data pendidikan untuk penghasilan satu sistem data untuk menambahbaikan dashboard
  14. Pelaksanaan Belanjawan Berasaskan Outcome (OBB)
  15. Penstrukturan semula organisasi (KPM)
  16. Pengukuhan kurikulum Pendidikan Islam, Moral dan Sivik
  17. Perombakan dan penjenamaan semula Program RIMUP

8 inisiatif tambahan

  1. Peningkatan enrolmen ke prasekolah berkualiti
  2. Pelaksanaan HOTS dalam kurikulum, pentaksiran dan latihan
  3. Transformasi IPG untuk meningkatkan kualiti latihan guru
  4. Pelaksanaan sarana penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta
  5. Penyemakan semula nisbah guru-murid bagi SKM
  6. Penyediaan dan pelancaran portal dan perpustakaan video eGuru
  7. Pengagihan semula RM1 bilion dan pengurangan pembaziran
  8. Naik taraf infrastruktur asas bagi memenuhi standard (cth : elektrik, air, bilik darjah, tandas)